Khamis, 7 Oktober 2010

Tip Mengurangkan Berat Badan

sebulan beraya bermakna banyak rumah terbuka dihadiri dengan segala makanan yang sedap-sedap dinikmati. Alamak diet dah lari kemana dan berat badan semakin meningkat. Aduh baju yang dulu elok-elok dibadan kini mulai sendat.Marila mula mengurangkan badan untuk kesihatan yang lebih baik.
Tip 1
  • Elakkan penurunan berat badan yang cepat
    • apabila berat badan berkurangan dengan cepat, kebiasaan badan hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air bukannya lemak. badan akan menghantar isyarat ke otak yang sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus melambatkan badan membakar kalori.
  • Gantikan makanan, bukan elakkan terus
    • Cuba gantikan makanan kegemaran yang tinggi lemak,gula atau garam. Sebagai contoh, gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak tinggi dengan susu kurang lemak.Penurunan sebegini tidak menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran secara drastik walaupun pengambilan kalori telah berkurangan.
  • Minum banyak air
    • Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori sebanyak 360kj sehari.
  • Banyakkan pergerakan
    • Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori yang berlebihan. Banyak cara untuk bersenam termasuklah dengan berjogging, gim dan sebagainya. Aktiviti fizikal juga seperti dengan berbasikal ke tempat kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.
    • Mungkin sukar untuk bersenam 30 -45 minit 3-5 kali seminggu. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali sehari agar tidak terlalu memaksa diri dan paling penting disiplinkan diri untuk lakukan setiap hari. 
  • Mulakan sedikit demi sedikit
    • Mulakan progran penurunan berat badan dengan perubahan sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik.Kurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan makanan berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih.
  • Jangan terlebih makan
    • Pernah mendengar sunnah Rasulullah S.A.W yang mengunyah perlahan-lahan dan berhenti makan sebelum kenyang. Amalkan dan lihat perubahannya. Makan sedikit tapi kerap.
  • Fokus pada sihat, bukannya kurus
    • Kebanyakkan individu yang berjaya kurangkan berat badan dalam jangka masa panjang akan mengubah objektif daripada ingin kurud kepada ingin menjadi lebih sihat. 

Sumber: Harian Metro

1 ulasan:

  1. salam ida, tq singgah umah akak...orang mersing gak ke?? area mana tu...
    bakal guru??? tahniah semoga segalanya dipermudahkan.
    tip yang bagus tuk kurus...akak ni pun dah makin tembam haha..

    BalasPadam