Khamis, 29 April 2010

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0ComUqeI3hX8ahNXSm1B4PgNSJpiLeADfmf9ecEKMqs6bAPb-h7trApTinGL4Iiam94tsO4W4ySuxd6ANiAstLMmwASYRUix7kVbrtbpsR7SgkPP15YBenTJu8vOIJmysE5jUdLxuwIEt/s1600-h/award1.jpg

Isnin, 26 April 2010

Berjalan membakar kalori

Berjalan boleh dimasukkan ke dalam kategori bersenam iaitu berjalan cepat yang dapat meningkatkan denyutan jantung ke tahap tertentu. Berjalan adalah senaman paling mudah dan murah serta boleh dilakukan di mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Berjalan lebih dua jam seminggu (30 minit sehari, sekurang-kurangnya empat kali seminggu) mempunyai risiko 25 hingga 30 peratus lebih rendah diserang strok. Jenis berjalan juga mempengaruhi kadar risiko kerana wanita berjalan cepat dengan kadar tiga batu sejam dapat mengurangkan sehingga 37 peratus risiko strok berbanding dengan wanita yang berjalan pada kadar lebih perlahan.
Berjalan juga memberi manfaat sampingan yang sangat penting yang mana dapat mengekang pertambahan saiz dan berat badan yang seolah-olah datang bersama menopous. Mungkin ada yang bertanya mana satu perlu diikut, berjalan 30 mint atau 45 minit sehari? Dua-dua memberi manfaat yang sama. Namun program berjalan 45 minit sehari ditujukan kepada wanita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan (gemuk dan obes). Bagi wanita lain berjalan 30 minit sehari sudah memadai tapi yang penting ianya dilakukan secara tetap dengan kekerapan sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu.
Bagi yan tidak pernah bersenam, mungkin sukar melakukan senaman selama 30 minit secara berterusan. Jangan risau kerana anda boleh membahagikan senaman kepada dua atau tiga sesi tetapi masih mendapat manfaat yang sama. Ini kerana badan kita mempunyai 'memori' khas untuk aktiviti fizikal cergas untuk menaikkan kadar denyutan jantung. Kita boleh melakukan senaman pada waktu pagi dan disambung selepas balik kerja. Senaman boleh dilakukan ditempat kerja seperti menaiki tangga beberapa kali sepanjang waktu kerja. Setiap minit untuk melakukan aktiviti yang dapat meningkatkan kadar denyutan jantung diambil kira. Jadi alasan 'tiada masa' tidak boleh digunakan lagi.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, selangselikan senaman aerobik (berjalan, menari, berbasikal, berlari, mendaki bukit atau menaiki tangga) dengan senaman ketahanan bagi memberi kekuatan pada seluruh tubuh dan otot. Lakukan senaman regangan yang membabitkan semua otot besar seperti kaki, pinggul, dada, perut, bahu dan tangan dua kali seminggu. Ia penting untuk mengelak kebosanan yang akhirnya menyebabkan berhenti bersenam. kepelbagaian senaman juga boleh menyediakan otot menerima tekanan daripada aktiviti cergas yang lain dan paling penting, ia dapat mengurangkan risiko kecederaan akibat melakukan pergerakan sama berulang kali.
Untuk mengelak memasuki kumpulan yang terlebih saiz dan berat badan, bukan sahaja perlu jaga makan dan kerap bersenam, tetapi mesit mendapat rehat dan tidur secukupnya. semua faktor ini akan membuat wanita lebih cergas dan tampak awek muda.

sumber: metro